Thursday, February 10, 2011

Naga Chini Muncul Kembali?????

Hi!
Seyes xde idea beb...dh nk ujung2 hari baru dapek nih..tu pun lopeh anak den mintak nk mkn buah naga ni haih...di suruhnye den kopek..bengap sekejap otak dok memikir caner gaya nk kopek kulitnyer huh...ringan2 kn mulut ler bertanya kt org tua...
aku: Mama kulit dia nih nk kopek pakai peeler ke? 
mama: haih! mn de pakai2 peeler nyer...belah 4 jek lepas tu keluarkan jek!
aku: keluarkan?(sambil garu2 kepala yg emangnyer gatal!) Demo sket mama!

Ini buah naga yg cukup sifatnyer...
Owhhhhhh! kopek lagu gitu jek....(ala mcm kopek limau sunkist jek! sonang baitu)
Jakun kejap siot..so, hari saya belajar satu bende baru..iaitu mengopek buah naga dengan kaedah yg betul...tular bahananyer selalu beli yg dh siap potong...huhuhuhu

Sudut Ilmiah..(merapu2 jugak kan...ilmu jgn dilupa)
Apabila memilih buah naga, pastikan buahnya berat, kelihatan segar, dan keras serta berkilat, dengan sisik, yang berwarna kehijauan


Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram!
Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.
Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus(isi putih) dan Hylocereus polyrhizus(isi merah). Spesies lain yang kurang terkenal ialah Seleniereus megalanthus, yang mempunyai isi putih dan berkulit kuning
Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.
Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.


Sekian, wassalam

4 comments: